Terowong Baru & Besar Di Bawah Masjid Aqsa
23 Ogos 2011 – Yayasan Aqsa, Wakaf & Thurauth Islami mengumumkan semalam, Isnin, 22/08/2011 pendedahan baru operasi penggerudian terowong yang terbaru di Utara Masjid Al-Aqsa yang disifatkan sebagai lebih luas dan lebih besar. Kenyataan tersebut telah disiarkan kepada beberapa agensi berita dimana penggalian tersebut terletak utara di antara tiang pintu kota lama, termasuk sekolah Amriah [...]
Barak: Kami Akan Pantau Gencatan Senjata
23 Ogos 2011 – Menteri Pertahanan Rejim Zionis Israel, Ehud Barak, berkata kita akan tunggu dan lihat sama ada gencatan senjata di Semenanjung Gaza akan kekal atau tidak. Beliau menambah bahawa operasi yang berlaku berhampiran Eilat, Khamis lepas adalah satu usaha strategik untuk merosakkan hubungan antara Israel dan Mesir. Barak melahirkan rasa puas hati dengan [...]
Israel Tidak Akan Melancarkan Operasi Darat Ke Atas Gaza
22 Ogos 2011 – Radio Tentera rejim Zionis Israel berkata hari ini, Isnin, 22/08/2011, bahawa kabinet keselamatan Zionis Israel membuat keputusan untuk tidak melancarkan operasi besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, dalam mesyuarat tergempar kabinetnya telah mengeluarkan keputusan tersebut walaupun mendapat tentangan beberapa pihak agar Gaza diserang. Menurut radio, kabinet memutuskan [...]
Membina Generasi Salahuddin Al-Ayyubi
August 24th, 2011
admin
Selari dengan misi ISMA untuk membina kekuatan keperibadian yang berpaksikan Islam, program yang dianjurkan setiap tahun ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang isu Palestin sebagai isu perdana umat Islam sekaligus mendidik tentang keperluan untuk kembali kepada Islam seperti generasi Salahuddin Al-Ayyubi sebagai salah satu usaha untuk menawan semula bumi Palestin.
Bertemakan “Palestin Kami Bersamamu”, program dimulakan dengan pembentangan oleh Prof. Madya Dr Hj Zainur Rashid Zainuddin, perunding Aman Palestin dan Naib YDP ISMA Negeri Sembilan yang berkisar tentang sejarah pembebasan Palestin serta rahsia kejayaan tentera-tentera Islam menawan Palestin.
Sebagai tokoh yang amat berpengalaman dalam menyampaikan isu Palestin di dalam dan luar negara, pembentangan beliau pada malam tersebut telah memberikan impak yang mendalam kepada peserta dalam memahami isu Palestin.
Pada tahun ini ISMA Vic juga cuba memberi nafas baru kepada lakonan yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar lelaki untuk menyampaikan agenda-agenda Yahudi terhadap umat Islam dengan cara yang menarik.
Lakonan yang berjudul “Yahud Salut” ini bukan pertama kali dipersembahkan tetapi tayangan video yang diselitkan dalam setiap adegan menjadikan persembahan mereka lebih mantap dan kelihatan segar.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, program ini tidak lengkap tanpa acara lelongan yang telah menjadi tradisi setiap tahun. Pada tahun ini sedikit kelainan ditampilkan melalui lelongan yang dibuat secara “online” di facebook ISMA Australia dan lelongan secara langsung pada akhir program.
Ternyata lelongan mendapat sambutan yang memberangsangkan dan melalui gabungan kedua-dua lelongan, pihak ISMA Vic berjaya mengumpulkan dana berjumlah lebih daripada AUD 8 000. Sumbangan ini akan disalurkan kepada rakyat Palestin melalui Aman Palestin Berhad.
Program disudahi dengan penyampaian barang-barang lelongan kepada setiap pemenang bidaan oleh Dr Zainur Rashid.
Meskipun telah melabuhkan tirai, semoga program ini telah dapat menerapkan semangat untuk memperjuangkan kebebasan Palestin yang sentiasa membara dalam hati setiap peserta.
Oleh:
Fauziha Pauzan
Wartawan
Media ISMA Australia (Victoria)
Aman Palestin di Melbourne
August 24th, 2011
admin
Suasana semasa pembentangan oleh Dr Zainur Rashid sepanjang Seminar Palestin di Melbourne.
Suasana semasa pembentangan oleh Dr Zainur Rashid sepanjang Seminar Palestin di Melbourne.
Melbourne, 9 Oktober – Isu Palestin merupakan isu perdana dan harus dititik beratkan oleh umat Islam seluruh dunia tanpa mengira sempadan geografi.
Atas kesedaran inilah, ISMA Australia cawangan Victoria (ISMA-Victoria) dengan kerjasama Aman Palestin telah menganjurkan seminar bertajuk “Seminar Palestin – Kami Bersamamu”.
Prof. Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin yang merupakan perunding Aman Palestin telah dijemput khas untuk menyampaikan pembentangan pada seminar yang dihadiri oleh 100 orang aktivis dan sukarelawan ISMA di sini.
Dalam seminar yang berlangsung sepanjang siang, para peserta dibentangkan secara terperinci mengenai sejarah Palestin serta kepentingannya kepada umat Islam.
Peserta juga dikejutkan dengan pendedahan mengenai “Pengyahudian Al-Aqsa” yang sedang pesat dilakukan oleh Zionis di Israel, suatu fakta yang pastinya tidak ditemui di media massa.
Pada penghujung seminar, para peserta telah ditanya mengenai resolusi dan peranan sebagai saudara Muslim yang prihatin dan ingin melihat Palestin kembali ke tangan umat Islam.
Melalui pemahaman yang diperoleh daripada pembentangan tersebut, para peserta berjaya tampil dengan 20 resolusi. Antaranya termasuk memperbaiki diri sendiri, memboikot produk keluaran Israel dan sekutu-sekutunya, sentiasa mengambil tahu perkembangan isu Palestin, menyampaikan isu Palestin kepada masyarakat melalui pelbagai medium, mendoakan untuk kebebasan Palestin dan menjauhi maksiat dan dosa yang boleh melemahkan jiwa.
Seminar Palestin bukanlah pertama kali diadakan di Melbourne. Malah saban tahun ISMA-Aus Vic pasti akan menganjurkan pelbagai bentuk program bagi meningkatkan kesedaran pelajar Muslim di Melbourne mengenai isu-isu Palestin. Setiap kali juga banyak perkara baru dapat dipelajari.
Semoga melalui seminar tersebut, peserta sedar bahawa isu Palestin bukanlah isu yang bermusim. Selagi Palestin belum kembali ke tangan umat Islam, selagi itulah isu ini harus diperjuangkan melalui resolusi-resolusi yang telah disebutkan.



Para peserta lelaki khusyuk mendengar ceramah

Peserta-peserta wanita juga khusyuk mendengar

Bergambar selepas seminar
Oleh:
Fauziha Pauzan
Wartawan
Media ISMA Australia (Victoria)
Terowong Baru & Besar Di Bawah Masjid Aqsa
August 24th, 2011
admin 23 Ogos 2011 – Yayasan Aqsa, Wakaf & Thurauth Islami mengumumkan semalam, Isnin, 22/08/2011 pendedahan baru operasi penggerudian terowong yang terbaru di Utara Masjid Al-Aqsa yang disifatkan sebagai lebih luas dan lebih besar.
Kenyataan tersebut telah disiarkan kepada beberapa agensi berita dimana penggalian tersebut terletak utara di antara tiang pintu kota lama, termasuk sekolah Amriah sehingga ke Pintu As-Sahirah di utara-timur yang dijangkakan untuk menghubungkan ke terowong lain di tengah-tengah bandar Silwan, Selatan Masjid Aqsa dan bandar lama.
Kepanjang maksimum terowong yang telah digali ini adalah sejauh 1600 meter, dengan beberapa kemudan dan bekalan bagi pendatang haram Yahudi.
Barak: Kami Akan Pantau Gencatan Senjata
August 24th, 2011
admin 23 Ogos 2011 – Menteri Pertahanan Rejim Zionis Israel, Ehud Barak, berkata kita akan tunggu dan lihat sama ada gencatan senjata di Semenanjung Gaza akan kekal atau tidak.
Beliau menambah bahawa operasi yang berlaku berhampiran Eilat, Khamis lepas adalah satu usaha strategik untuk merosakkan hubungan antara Israel dan Mesir.
Barak melahirkan rasa puas hati dengan perjanjian genjatan senjata bagi membolehkan Israel tidak rungsing dari ketegangan keselamatan untuk sementara waktu.
Beliau menjelaskan bahawa kebanyakan pengebom dan mastermind telah terbunuh dalam serangan udara ke beberapa sasaran yang pelbagai di Semenanjung Gaza.
Israel Tidak Akan Melancarkan Operasi Darat Ke Atas Gaza
August 24th, 2011
admin
22 Ogos 2011 – Radio Tentera rejim Zionis Israel berkata hari ini, Isnin, 22/08/2011, bahawa kabinet keselamatan Zionis Israel membuat keputusan untuk tidak melancarkan operasi besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, dalam mesyuarat tergempar kabinetnya telah mengeluarkan keputusan tersebut walaupun mendapat tentangan beberapa pihak agar Gaza diserang.
Menurut radio, kabinet memutuskan selepas satu jam perbincangan, tidak akan melakukan sebarang operasi besar-besaran ke atas Gaza kerana takutkan kepada “demonstrasi besar-besaran dan memprovokasi di Mesir boleh menggoncangkan pemerintah di Kaherah.
Sementara itu di Kaherah, ratusan rakyat Mesir terus mengadakan demontrasi di hadapan kedutaan Israel di Mesir, sehingga mereka diberitakan telah mencabut bendera Israel digantikan bendera Mesir.




